Tuesday, July 05, 2005

Cinta hatiku... :)


Hi All,

Ni la gambar cinta hati saya... :) Suami tersayang,Shahrulnizad dan anakanda yang dikasihi Muhammad Danial Haziq.

Syukur pada Yang Maha Esa atas kurniaanNya. Kadang-kadang kita tak sangka dengan apa yang telah ditentukan utk kita. Bila pikir balik macam mana Allah aturkan.... subhanallah... cantik sungguh. Dulu, bila dpt transfer balik ke Penang rasa gembira sangat,boleh balik duduk dgn mak... hehe,anak manja mak. Tapi terpikir jugak, makin kecik la peluang nak jumpa jejaka idaman,hehe.... Yela, kata org,kalau duduk KL mudah la skit nak jumpa jejaka idaman... Percentage tinggi skit... tapi perancangan Allah ni cantik sungguh.... niat nak balik Penang utk famili... utk mak dan abah... dan Allah susunkan pertemuan dgn suami tersayang selepas 4 bulan balik ke Penang...

Saya mula bertugas di Penang pada 16 Julai 2002 dan pertemuan dgn suami selepas Aidilfitri tahun yang sama.Bila diingat kembali,tak sangka pulak konvoi raya tahun itu jadi titik permulaan perkenalan dgn suami. Ibu kepada kawan baik memulakan bicara bila dia mahu kenalkan saya dgn suami(bakal suami masa tu... :))

Being a good muslimah I am... hehe... saya tidak menolak.Well,apa salahnya... caranya betul... saya pun available,hiks.Saya tinggalkan call card saya.2-3 hari lepas tu,si dia call...ehem... :P

Jeng..jeng... bermulalah episod cintan cintun... hehehe..... selepas 4-5 bulan berkenalan...berkawan.... kami mengikat tali pertunangan pada 3 Mei 2003. Lebih kurang 4 bulan lepas tu,kami pun kawin... tarikh bersejarah 6 September 2003. Takut dgn godaan,pujukan syaitan,kami segerakan nikah dan majlis hanya dilangsungkan 3 bulan selepas itu pada 6 Dis 2003. Majlis lewat kerana menunggu semua saudara berkumpul memandangkan ada yang tinggal jauh dan bekerja jauh nun di Sabah dan Johor.

Selepas 9 bulan,kami dikurniakan dgn cahayamata pertama,Muhammad Danial Haziq. Alhamdulillah,saya rasa hidup saya lengkap.Saya rasa cukup.Apa yang diingini sudah Allah beri.

Kesimpulannya,perancangan Allah lebih baik dan cantik berbanding perancangan kita.Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa,mohon yang terbaik didunia dan diakhirat.Selebihnya,kita serah pada Dia. :)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home