Thursday, November 10, 2005

Selamat Hari Raya

kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya kepada semua yg mengenali kami. maaf diatas segala salah silap,terlanjur kata,tersalah bahasa selama ini. halalkan yg mana termakan dan terminum.
harapnya kami tak terlewat menyampaikan ucapan sebab rata-rata org dah selesai menyampaikan ucapan raya. maklumla mama haziq baru masuk kerja hari ni selepas bercuti panjang dekat 2 minggu. masa mula cuti tempoh hari, ramai yg masih diopis.
alhamdulillah, raya kami meriah tahun ni.seperti thn lepas, malam raya dan pagi raya kami di Penang.Petang lepas solat zohor baru bertolak balik ke Kedah. abah tak mahu balik awal sebab kakak2 dia semua beraya dirumah mertua masing2.
pagi raya tu kami sekeluarga bersiap2 dgn theme kaler thn ni,kaler teh susu. danial haziq mandi pagi masa semua org pegi semayang raya.bila tok,tok wan balik semayang raya,happy diaorg tgk cucu dah ready nak salam nak duit raya,hehe. seperti thn2 sebelum ni,pagi sebelum semayang semua org akan makan utk lapik perut dan lepas semayang akan makan dgn bersungguh2nya segala ketupat,rendang,kuah kacang,lemang,kuih raya,etc.lepas sessi makan dan minum, sessi minta ampun la pulak. dimulakan dgn tokwan,minta ampun kat onyang,diikuti mak dan begitulah seterusnya sampailah danial haziq kena minta ampun kat semua org. dan tak lupa collect duit raya yg byk.hehe. satu perbezaan yg major thn ni, pak ngah dah ada mak ngah nak celebrate raya together. dan insyaAllah thn depan dioarg beraya bertiga :)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home