Wednesday, August 08, 2007

Hilang ke mana?

Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang berhabuk dah ni. Mama sibuk sangat nampaknya ni sampai tak sempat nak jot apa-apa kat sini.
Anyway, lebih sebulan tak update.Last july takde seketul entry pun berjaya dibuat mama. Actually, ada jugak cubaan nak create post baru tetapi selalu misi gagal sebab blogger buat hal ataupun mama tetiba blank tak tau nak tulis apa.
Hari ni InsyaAllah nak update. So, apa dah jadi dlm bulan lepas? Summary kat bawah ni okeh.
Family: Mama declared bulan July bulan sakit. Awal bulan abah diserang demam,berlarutan seminggu jugak le.Lepas tu jangkit kat mama. Mama manage utk tak ambil mc sebab masa tu sibuk buat bisnes plan. Abah mc 3 hari minggu tu. Alhamdulillah the kids sihat, cuma Haziq je macam demam skit masa kitaorg memula demam tu. Dia makan ubat 2 kali lepas tu ok,alhamdulillah. Nasib baik Batrisyia mantain. Mama risau jugak takut jangkit sebab minum susu mama,luckily adik sihat.
Kerja: July bulan yg sibuk bagi mama sebab kena jadi minutes writer utk sales report dan dlm masa yg sama busy dgn business plan. Mama tak ambil satu hari cuti pun even cuti gantian. Walla, dedikasinya mama,hehehe.
Breastfeeding: Alhamdulillah masih diteruskan.Batrisyia dah 4 bulan. Cuma stok EBM tak berapa bagus bulan lepas sebab mama demam. Mama kurang perah sebab ada masanya mama makan ubat.By end july mama perasan stok dlm freezer berkurang.Alamak,tak bleh jadi ni. Kena perah bersungguh lagi sebab tak ensure Batrisyia exclusively breast milk sampai 6 bulan.
Haziq: Nearly 3yrs old. By now,dah 3 thn pun. Last weekend hero mama dah 3 thn. Makin byk ideanya. Sayang sangat kat adik dia. Jgn sesape cuba tak ambil dia. Memang kena jerit la jawabnya. Hobi terkini, melompat ke sana ke mari. Sofa kat rumah tu tempat dia buat aktiviti terjun dia la. Dah lunyai pun.
Batrisyia: Dah 4 bulan lebih. Dah pandai pusing merata-rata dah. Kalau kita baringkan dia kepala ke utara kaki ke selatan. Kejap lagi bila kita datang balik dah bertukar,kepala ke selatan kaki ke utara. Mmg tak boleh tinggalkan lelama,risau jadi apa-apa pulak. Tangan dah pandai nak capai benda yg ada dekat dia. Muka mama favourite dia la,kalau dukung tu mesti nak ramas hidung ke,mata ke.Baju pun kena pakaikan yg saiz 6mths to 12mths old nye.Alhamdulillah,membesar bagai johan anak mama.
Hobby baru mama: Wah, mama sekarang dah ada hobi baru. Mama suka baking sekarang ni. Kebetulan,mama mmg suka makan cake kan,jadinya buat sendiri la. Memula tu mama cuba-cuba je,alhamdulillah jadi le pulak. Bila dah jadi mama cuba resepi lain pulak.Fullamak jadi jugak le. Bila jadi tu mula la mama syiok,hehehe. Siap bawak gi opis jamu kawan-kawan lagi ha. Dah tu siap sponsor sebiji kek masa opis buat kenduri. Tetiba ramai lak yg suka kek mama tu. Mama dah try beberapa jenis. Brownies, chocolate cake & Blueberry cheese cake. Wah wah... cam best jek ekkk. Mmg best pun nampak gayanya, member-member kat opis siap order lagi haa.... mama dah jadi tokey kek nampak nya ni,hehehe. Yang paling best, Danial Haziq peminat nombor satu kek mama. Siap tunggu kek masak tu. Dah masak tak sempat topping dah minta nak potong,ahh... priceless beb,worth trying kan. Best jadi mama bila masak anak suka makan. :)
Ok le, nak sambung kerja kejap. Dah panjang dah ni. Harapnya this is not the only entry this month,hehe.
Chow chin chau..... adios!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home