Wednesday, January 26, 2005

AidilAdha

Syukur Alhamdulillah.... Aidiladha disambut sederhana
kami habiskan cuti bersama..... 3 hari di penang dan 2 hari di kedah....
anak mama pulak diserang demam.... mujur demam masa mama cuti.... kalau tidak.. mesti mama risau.....
Alhamdulillah... dah sembuh seperti sedia kala dan makin aktif....
sibuk dia meniarap sana... rolling sini..... :) happy nya mama tgk anak mama dah sihat....:)

Monday, January 17, 2005

Weekend @ Guar Chempedak,Gurun

We had our weekend filled in Guar Chempedak,my husband home town. Boy meet his opah,pak lang and pak su. Abang had to work last saturday due to changes made for coming Hari Raya Haji. We arrived at 4.45pm. It was asar then.Abang bought 'kuih pau' on the way to Guar. So, we had our 'kuih pau' and tea for 'minum petang'. all in all... everything is fine.... alhamdulillah.....:)

Saturday, January 15, 2005

BP 2005

Aiseh..... aku dah buntu.... mood pun tadak.... nak kena buat BP 2005.... member2 kat opis plak asik tanya... "liza,you dah buat business plan ke?" aku sengih..... hehehe.... blom lagi.... baru nak tgk nih.... baru nak tgk hapanya..... asik baca blog aja.....

adoi.... mana idea ni... mana mood ni.... kamon la liza.... jadi la staff telekom yang produktif skit.... apesal asik malas nih?

haaa..... sudah... asik membebel.... put a stop... ok! chiow chin cau..... the end.

:nak pi buat kerja pulak:

Tanda Kiamat: Tahun 2005 Yang Gempar

Berikutnya disertakan petikan yang diambil dari e-mail yang difwd oleh abang.
"Allah hum ma ah ya na bil imaan... wa amit na bil imaan.... "
Semoga kita sama-sama dpt manfaat.... semoga kita mendekatkan diri kita padanya.... semoga kita perbanyakkan amal kita.....

TAHUN 2005 YANG GEMPAR

Petikan KITAB bertajuk “ HURU HARA AKHIR ZAMAN – Penjelasan Terakhir untuk Umat Islam” karangan Amin Muhammad Jamaludin Universiti Al-Azhar Kairo.

BAB TANDA-TANDA DI BULAN RAMADHAN

Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan. Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat. Adapun peristiwa tersebut ialah:
1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.
2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.
3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ).
4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan.
Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari. Saya tidak tahu manakah di antara keduanya yang terjadi lebih dahulu.
( muka surat 119)

Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :
" Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"

(Ikmal Al-Din m.s 361)

Maka saya telah membuat rujukan pada laman web NASA akan jangkaan gerhana yang tersebut. Berikut adalah sebahagian dari maklumat yang diperolehi dari lama web tersebut.

Annular Solar Eclipse of 2005 October 03
Fred Espenak, NASA's GSFC
On Monday, October 03, an annular1 eclipse of the Sun will be visible from within a narrow corridor which traverses the Iberian Peninsula and stretches across the African continent. A partial eclipse will be seen within the much broader path of the Moon's penumbral shadow, which includes Europe, western Asia, the Middle East, India and most of Africa.

Saya tukarkan tarikh 2005 Oktober 03 kepada kalendar Hijrah
Gregorian-Hijri Dates Converter
You entered: 3 / 10 / 2005
The conversion result is: Monday 29 Sha`baan 1426 A.H. *
*There is a small probability of one day error. To learn more about the Hijri calender read the following
introduction.
Begitu juga dengan kejadian gerhana bulan di Bulan Ramadhan 2005. Tercatit di laman web bahawa Gerhana bulan akan jatuh pada:
This is the 43rd eclipse of Saros series 134. The series began with the first of ten partial eclipses on 1248 Jun 22. The first eight central eclipses were total, which were then followed by sixteen hybrid events. The first purely annular eclipse occurred on 1861 Jul 08. After the last of thirty annular eclipses (on 2384 May 21), the series will produce seven more partial eclipses before ending on 2510 Aug 06. Complete details for Saros 134 may be found at
Saros 134
2005 Oct 17: Partial Lunar Eclipse
The last event of the year is a rather shallow partial eclipse of the Moon. The penumbral phase begins at 09:51 UT, but most observers will not be able to visually detect the shadow until about 10:30 UT A timetable for the major phases of the eclipse is as follows:
Saya tukarkan tarikh 2005 Oct 17 kepada calendar Hijrah yang bersamaan dengan:
Gregorian-Hijri Dates Converter
You entered: 17 / 10 / 2005
The conversion result is: Monday 13 RamaDHaan 1426 A.H. *
*There is a small probability of one day error.

Oleh yang demikian jelaslah hadis di atas akan terbukti kebenarannya pada bulan Ramadhan pada tahun 2005 ( tercatit pada calendar akan jatuh pada 5 hb Oktober 2005)
Terdapat seperti perselisihan 1 atau 2 hari dari tarikh yang dijangka oleh NASA. Perselisihan ini diterima sebagai kebarangkalian. Yang pastinya disahkan oleh NASA bahawa kejadian gerhana yang bakal berlaku pada tahun 2005 ialah seperti berikut:


Tarikh Miladiah Tarikh Hijrah Gerhana

3.10.2005 29 SHAABAN 1426/ Matahari
1 RAMADHAN 1426

17.10.2005 13 RAMADHAN 1426/ Bulan
14 RAMADHAN 1426



Nu’aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin Murrah, ia berkata:

Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu.

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi’dan:

Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.


Saudara kaum muslimin, segala yang tertulis di atas hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui akan kejadiannya. Namun sewajarnyalah ianya menjadi skrip panduan peristiwa tahun 2005 yang patut diperhatikan dengan teliti. Jadi tidaklah kita hairan jika peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Kemudian jika iannya terjadi, dengan selesa kita boleh mempersiapkan mental dan material menghadapi situasi cemas tersebut.

Antara persediaan yang perlu kita buat ialah:

1. Menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat akhir surah
Al_kahfi untuk menghindari diri dari fitnah Dajjal.

2. Membaca doa perlindungan fitnah Dajjal selepas
tahyat akhir dalam sembahyang sebelum salam.

3. Menyiapkan bekalan makanan, bahan api, gas
untuk setahun apabila ada terjadi sesuatu
dipertengahan Ramadhan 2005.

4. Sampaikan peringatan ini kepada sahabat handai
agar bersedia menghadapi situasi di atas.

5. Tambahkan taqwa dan amal menjelang saat yang
rumit dan genting itu.

Sekian. Wassalam.

KALENDAR 2005

TARIKH HARI PERISTIWA
10. 2.2005 Khamis Awal Muharram

21. 4.2005 Khamis Maulud Nabi

5. 9. 2005 = 1 syaaban Isnin

5. 10. 2005 = 1 Ramadhan Rabu Ramadhan
(kejadian gerhana Matahari)?
17.10.2005 = 12 Ramadhan Isnin (kejadian gerhana bulan)?
(Bunyi suara yang amat kuat)?
3. 11.2005 = 1 syawal Khamis Hari Raya Puasa

3.12.2005 = 1 Zualkaedah Sabtu

2.1.2006 = 1 Zulhijjah


11.1.2006=10 Zulhijjah Hari Raya haji
(Pertumpahan darah di Jamrah)?


PERISTIWA YANG PERLU KITA DIPERHATIKAN
1. Kematian Raja Fadh
2. Suara kuat dalam bulan Ramadhan
3. Gerhana matahari di bulan Ramadhan
4. Gerhana bulan di bulan Ramadhan
5. Komet atau sebagainya ( letupan super volcano?)
yang membawa kebinasaan di USA
6. Huru hara dalam bulan Syawal ( peperangan)
7. Peperangan dalam bulan Zulkaedah
8. Pada bulan Haji ada pertumpahan darah di Jamrah

PERSIAPAN MATERIAL

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi’dan:

Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.


1. Beras
2. Gula
3. Susu
4. Garam
5. Lada
6. Gandum
7. Bawang
8. Gas memasak
9. Minyak tanah
10. Minyak masak
11. Minyak petrol
12. benih-benih sayur
13. Baja
14. Mancis
15. Sabun basuh
16. sabun mandi
17. Basikal/Motor + sparepart
18. Ubat-ubatan
19. Dan lain-lain yang difikirkan perlu.
Wallahualam

Sayang Mama

Nama: Muhammad Danial Haziq bin Shahrulnizad
Tarikh Lahir: 05 Ogos 2004,Khamis bersamaan 18 Jamadil Akhir 1425H.
Time: 0903
Weight: 3.7 kg
Length: 57 cm
Tempat lahir:Hosp. Pantai Mutiara,Penang

Anak mama lahir 9.03 pagi khamis selepas mama sakit +- 8 jam..... Alhamdulillah.... semua selamat......hari sebelum tu,04082004 check up utk minggu ke 39.... oppss.... pasai apa baby you ni nampak besar skit..... aik.... 3.9kg....err.... biar betul....takpe.... kita check sekali lagi.... takkan dia grow cepat sgt... baru 2 minggu before kita scan.... hemmmm.... kira sana... kira sini.... erm..... 3.5kg.... aku biasa pegi jumpa doc O&G aku hari rabu,appointment pukul 6.15 ptg..... biasala... pekerja dedikasi.... hehehe... tak kacau waktu kerja punya... not because of that je la.... rezeki yang halal datang dari sumber yang halal.... aku pun bukan baik sangat.... tapi try to be la.... tak nak la chilok selalu sgt..... heheheh

Anyway.... Dr. Rosita kata.... baby you ok.... Alhamdulillah.... so.... kita tunggu sampai you rasa sakitlah.... semua dah ready InsyaAllah... tapi kalau tak bersalin jugak within 5 days... you kena masuk ward.... 8am, 10th August. You kena bersalin jugak or else baby you akan jadi lagi besar.... erks! pls. sayang mama.... keluar sebelum org force suruh keluar ya....

Lepas check up aku ajak abang singgah Sunshine:shopping complex paling dekat dgn rumah mak aku: Saja jalan2 sat.... as if final shopping before delivery..... balik rumah.... sembahyang maghrib.... then sembahyang isya'... aih.... lebih kurang pukul 11 mlm.... rasa macam sakit belakang.... masa tu dah nak masuk tidoq dah.... erm.... biasa kot sakit2 macam ni... seminggu dua sebelum due date tu mmg rasa macam tu..... mak aku dah suspen dah.... siap pesan lagi.... kalau ada apa2 tanda.... cepat2 gerak (kejut) mak.... tak sampai setgh jam..... sambil abang picit2 belakang..... aku rasa macam..... gosh!!!! terkencing!!! tak bleh nak tahan dah..... water bag dah pecah...... uwaaa.... macam ni ka????? abang terus kejut mak.... ketuk pintu bilik..... bagitau... "mak, air ketuban liza dah pecah" mak senyum.... ha.... dah sampai masa lah tu.... ok.... siap...jom kita pi hospital.... abah aku bangun dari tidur.... sian abah... dah la kul 4 pagi nanti nak pegi KL... ada meeting di KL.....

So..... we move to Hospital Pantai Mutiara Penang with PBY 4985. Sengaja tunggu depan hospital sampai midnight... sebab Dr. rosita dah pesan.... kalau you sakit dlm kul 11 mlm macam tu... kalau you boleh tahan sampai midnight... just hold sampai midnight... sebab tu dah kira you admit hari lain.... kalau tidak rugi la you.... :) thanks doc.... kalau tidak rugi je..... hanya sebab half an hour... you are being charge for whole day punya cost.

Masa tu rasa sakit tu dah datang 20 minit sekali... aduiii... macam ni ke sakit nya..... so.... masuk dlm labour room tu.... "hanya suami atau ibu dibenarkan masuk" mak dgn abang gilir2 temankan aku..... sampai je depan labour room tu dia suruh aku naik atas mesin timbang... ala... weight scale tu.... dah sakit2 pun nak timbang2 lagi.... dipendekkan cerita.... lepas buat apa yg perlu.... aku tunggu lagi sambil tahan sakit.... lambatnya jam ni bergerak:refer tu wall clock dlm labour room tu: Sampailah masuk waktu subuh.... mak dgn abah balik utk refresh dan solat subuh.... abah pulak dah balik kul 3 pagi lagi sebab nak ke KL by 4am.

Herm.... aku sorang2 menahan sakit... dlm hati berkata" sayang mama.... sayang mama kuatkan.... tolong mama sayang.... sayang push dari dlm ya" makin lama makin sakit.... sampailah abg dgn mak sampai kul 7 lebih.... aku belum bersalin lagi.... tunggu lagi.... midwife pun dah tukar.... shift pagi tu.... kul 7... midwife berbangsa melayu attend aku.... emm... dah buka 8 cm.... belum lagi ni.... paling2 pun kul 9 lebih.... haaa! ya Allah lambatnya.....

Kul 8.15pg.... Dr. Rosita sampai..... dia check bukaan.... aaa.. dah buka 9cm.... sambil discuss dgn midwife.... dia ckp"carput... you perasan tak? " midwife mengangguk"haliza....you ada msalah skit ni.... baby you belum turun lagi.... tapi you dah buka 9cm ni.... I igt baby you besaq ni.... macam ni lah.... you pun dah tak larat ni... ada 2 options.... first... kita tunggu sejam dua lagi... maybe dia boleh turun.... tapi I rasa macam susah skit... second option... kita ceaser..... you pun dah tak larat ni...."
Aku mengangguk.... Ya Allah.... mudahkan lah..... "tak pa... I discuss dgn husband you dulu ya"Dr. Rosita cuba tenangkan aku.....

5 minit lepas tu....midwife tadi dtg balik.... kelam kabut ckp dgn partner dia yg tgh check heart beat baby aku... "ok... confirm!" terus diaorg siapkan aku.... pakaikan apa yg patut.... buka subang... gelang aku.... terus tolak masuk OT. Pukul 9.03 pagi... lahirlah permati hati kami.... lahirlah sayang mama..... anak mama dan abah.....

Sedih tak dpt dgr boy menangis.... sedih tak dpt pegang boy atas perut... sedih tak dpt dgr abang alunkan azan ditelinga sayang mama... TAPI.... syukur.... alhamdulillah.... anak kami sihat sempurna.... mamanya juga selamat..... erm.... semua org gembira hari tu... semua org naik pangkat hari tu.... adik2 aku dah jadi Pak Ngah.... Pak Alang... dan Mak Su.... mak dah jadi Tok... abah dah jadi Tok Wan. Maklumla.... cucu sulung..... :)

Sayang Mama bawa rezeki.... bawa kebahagiaan... kegembiraan pada kami sekeluarga... Moga jadi anak soleh... selamat dunia dan akhirat.... sihat tubuh badan.... cerdik akal fikiran..... amiin.....

Hari ini dalam sejarah...

Bismillahhirrahmanirrahim....
assalamualaikum w.b.t....

setelah sekian lama pk.... akhirnya.... aku decide nak buat blog jugak.... bukan nak tiru sapa2... bukan nak celen sapa2..... just wanna have something utk future reference.... as a simple diary for my ownself.... dan jugak sessi muhasabah diri..... kalaupun bukan utk kumpulan manusia yang banyak.... cukuplah untuk diri sendiri yang kerdil ini... dan utk ahli keluarga dan sahabat handai terdekat.... harap2 ada manfaat utk dikongsi sama2.....

lately.... sejak peristiwa member meninggal sebab accident.... tsunami yang mai tiba2.... aku termenung sendiri.... Ya Allah.... keciknya aku.... kalaulah aku salah seorg drpd depa di Kuala Muda.... isk isk.... ntah la.... Allah masih sayang kita.... allah bagi peringatan..... Ya Allah.... didik hambamu ini Ya Allah.... dekatkan diri kami dgnMu Ya Allah.... ampuni kami Ya Allah.....

cerita bab tulis blog pulak.... buat masa ni aku tak dak intention nak share dgn sapa2 lagi.... kat hubby pun tak mau cerita lagi.... not to berahsia.... cuma.... nanti la... bila dah byk post nanti... best skit dia baca... ni pun baru first post ni.... harap2 nya rajin la lepas2 ni nak update selalu.... heee.....

ok kot for the first post.... kalau berjaya yang ni.... aku respect diri sendiri sbb berjaya buat blog sendiri..... hari ini dlm sejarah..... 13 Jan 2005, 12 pm. bersamaan 3 Zulhijjah 1426.

wassalam..... -n-