Bestnye!
hari khamis lepas mama & abah ambil cuti sebab nak settlekan few things pasal rumah baru kami. so, mama listed down agenda kami hari tu.antaranya:
1. Send boy to rumah wan(panggilan utk babysitter)
2. Breakfast
3. Pegi bank islam,abah nak ambil duit utk renew insurance & road tax kereta
4. Pegi eon bank ambil geran kereta
5. Pegi takaful,renew insurance
6. Renew road tax
7. Jumpa contractor,bincang cost renovation rumah
8. Pegi carrefour, beli huggies
agenda pertama ok. boy pun macam paham je mama dgn abah byk urusan hari tu. mmg sebelum pegi rumah wan pun mama dah bagitau boy hari ni mama dgn abah tak kerja tapi boy kena pegi rumah wan sebab mama dgn abah nak settlekan few things,tak leh bawak boy sebab weather tak menentu sekarang ni.kalau duduk rumah wan,boleh makan,tido,main,mandi dgn selesanya. boy pun bila sampai rumah wan, kakak2 dgn abang2 dah ready tunggu nak main dgn boy,happy je.so,tak kisah kena tinggal.
agenda kedua tak ok sebab kedai yg kami plan nak pegi makan tu, tutup pulak. erm,terpaksa jump to the next agenda sebab bank islam dah tak jauh dari kedai makan yg tutup tu.breakfast tu kejap lagi la lepas dah settle urusan bank.
selesai urusan di bank islam, kami terus menghala ke eon bank di bkt mertajam utk ambil geran kereta.ops lupa plak,sebelum ke bank kami jalan2 cari makan kat area bm tu.last2 makan roti canai di kedai mamak nasi kandar.lepas makan barulah ke eon bank.
dari eon bank kami ke takaful di bandar perda. kami request utk tukar insurance kereta ke takaful. tahun pertama kereta tu di insurancekan dgn tokio marine.rupanya tak boleh sebab kami tak bawa policy.so, kena pegi ambik policy drpd tokio marine sebelum takaful boleh proses permohonan kami. ronda la pulak satu round. by the time kami reached takaful again,dah lunch hour. kami pun dah lapar.
settle je urusan di takaful,kami terus pegi lunch kat kedai makan somewhere that area. dah kenyang,abah solat kat masjid berhampiran while mama tunggu dlm kereta(mama masih bercuti).
then, terus ke showroom kat tmn perumahan yg kami akan tinggal utk jumpa dgn kontraktor. bila kontraktor tu tunjuk quotation renovation rumah kami tu,adoi macam nak pengsan.mmg way beyond our budget la.mmg lari jauh gile babas le. terus pening kepala mama. tak pe,relax.
while bincang, tok,pak lang & mak su sampai from penang. tok/mak pelik tgk harga yg tak munasabah ataupun munasarawak kata abg,hehe. mahal gile kalau nak bandingkan dgn kerja yg diaorg kena buat.
ok,lepas bincang itu ini,lebih kurang,kitaorg pun balik. sebelum balik tu,mama pass kunci rumah kat tok so that tok boleh pick up boy dari rumah wan.
mama dgn abah pulak terus ke pos office utk renew road tax kereta. lepas tu pegi cari benda makan plak.tgh tunggu food ready,mama teringat plak carrefour.ye!kena pegi carrefour sebab huggies sale. pegi le kelam kabut cari huggies,ceh!hampeh! dah habis.licin dah rak tu.sebiji pun tadak. yg ada saiz XL je.adoi,penat je pegi.tak pe la tak de rezeki.lagipun ada 3 beg lagi yg belum pakai. mama ni bukan apa,tgh murah ni kena la angkut.boleh stok 2-3 bulan.pastu mama dgn abah pun balik le.
laa,tajuk tulis bestnye tapi kat mana yg bestnye? a'aa ekk,lupa plak. dah lari tajuk pulak mama nih. sebenarnya nak cerita,sesuatu yg tak disangka,seringkali mendatangi kita(nyanyi lagu kump apa ntah,tp penyanyi dia seha la kalau tak salah).hehe,masa kat takaful tu mama dpt tau,salah satu simpanan mama tu boleh diambil.maksudnya,pelan takaful yg mama join tu allow mama utk ambil 50% of simpanan mama sebab tak pernah claim apa2 dari takaful. yahuu!bestnye!bestnye! alhamdulillah!mmg seronok le.tak sangka sungguh.kebetulan mmg nak pakai duit nak masuk rumah ni. bila tau nak dpt duit,mmg happy la.lepas jugakla satu bab.curtains ke,lampu ke,atau setidaknya rolling utk 3-4 bulan sebelum masuk rumah baru sebab co. pun dah start potong gaji.
itu la lebih kurang,tak sia-sia la cuti satu hari tu. dapat tau nak dpt duit satu hal,settle byk benda dah dua hal.all in all,alhamdulillah.
(phew!panjangnya entry kali ni.dah la entry yg hampir basi,hehe)



