Tuesday, November 22, 2005

Gathering & Shopping Lampu

Jumaat,18112005

Hari jumaat hari tu office buat Raya Gathering. setiap tahun raya gathering ialah utk staffs dan yg paling penting utk customers. alhamdulillah, semua ok. customer aku pun ramai yg turn up. so,happylah aku. kitaorg panggil customers dari pukul 3pm sampai 7pm. letih yg amat bila dah pukul 6 lebih tu. kepala pun dah pening. lepas selesai semua singgah rumah mak kejap,pegi rompak nasi goreng,tapau utk abang dirumah.. :P solehah nye.... sian pulak cik abang kelaparan. :)

lewat malam kakak2 ipar bersama suami dan anak masing2 berkampung dirumah kami. hajatnya nak tgk rumah baru kami yg dah siap dan dah dpt oc,alhamdulillah.

Sabtu,19112005

pagi tu kami semua bersarapan nasi lemak sambil ikan bilis dan roti canai berkuah sardin,burp,alhamdulillah. lepas menjamu selera,semua ambil no. giliran mandi dan siapkan diri nak pegi tgk rumah baru.

selepas lebih 2 jam berperang,barulah semua ahli rombongan siap.maklumlah,rumah sewa ni bilik airnya satu aje.nanti dirumah baru kita ada 3 bilik air,insyaAllah :)

kami sampai ke lokasi dah hampir tgh hari,jadinya belek rumah pun tak bleh lama sgt,askar2 kecil dah start mengamuk,maklumlah dah panas.

so,we headed to carrefour.yey! yg ni seronokla... bukan budak2 yg seronok,mak budak yg seronok... ehehe.. shopping ni serahkan pada ibu2 yg arif! :D

yg ni pun tak bleh lama, selaku tuan rumah kami balik awal sebab nak sediakan lunch.menunya: ikan keli masak lemak cili padi, kangkung goreng, ikan merah goreng,sambal belacan dan ulam. yummy! makan tgh hari yg dah jadi makan petang sebab kerja masak memasak pun lebih kurang 2 jam baru settle semua. dgn siang ikan,potong sayur segala,semua buat masa tu.

anyway, seronok! best sebab semua happy. adik-beradik pun share ideas macam mana nak renovate rumah dan maximise the space. cumanya... ongkos nya... heheh

diaorg balik ke guaq petang tu jugak sebab abg nadzim ada program lain pulak....
fuh! letihnya.... sebelum tidur kami sempat decide nak buat apa esoknya.... :)

Ahad,20112005

erm.hari ni misi kami nak pegi tgk rumah lagi sekali dan survey lampu. hajatnya nak check out kat kedai latest design lampu,survey harga nak sesuaikan dgn budget kami.so, abg suggest pegi ronda sungai petani. kat situ byk kedai lampu katanya. bila dah ronda tgk rumah,on the way nak balik terserempak dgn developer kawasan perumahan kami tu,tokey yg no. 1 tu kawan abg. so, pergi la patah balik jumpa kawan abg tu,mama dgn boy tunggu dlm kereta je la.malas nak keluar sebab sian boy kepanasan.lama jugak diaorg bersembang,adalah dekat sejam kot.phew!tapi byk jugakla idea baru yg kitaorg dpt.

lepas tu,singgah solat dimasjid seberang jaya. lepas tu baru kitaorg terus ke sungai petani.laparnya perut. dah lepas waktu lunch,mmg la lapar. so,jalan2 cari makan dulula apa2 hal pun. boy pun, jadi mat salleh kejap le. makan nuggets Mc'D dan whipped potato KFC. mama dgn abah dia makan kat kedai mamak tepi jalan. peberet abah masa muda dolu2.kitaorg makan pasembur dgn koay teow goreng. alhamdulillah.

so,perut dah kenyang,hati senang :)
kita pun meneruskan agenda kita. ronda2 tgk dapur + hud dan lampu2. memula singgah kedai elektrikal SEC. erm,mama tak minat nak tunggu lama kat situ, sebab mmg tau dah harga dia mmg mahal. so,lepas survey lebih kurang kitaorg keluar.

next kedai is kedai lampu. tgk kedainya sempoi je. igtkan nak intai2 je,sekali abah dah berkenan la pulak. kebetulan,diaorg tgh buat promotion. sampai hujung bulan ni je.

tgk punya tgk,mama dgn abah dah belanja RM1650.00.hehehe.
so,booking dululah.bayar deposit skit,walla! it's ours.nanti bila rumah dah siap renovate,baru settlekan payment dan ambil lampu2 tu. tak sangka sungguh,daripada intai2 dah jadi sungguh. tapi puas hati la.sebab ikut citarasa mama dan abah. kami suka konsep kontemporari gitu,heheh.

gitulah adanya weekend kami anak beranak.next,nak survey dan shopping utk fan dan dapur + hud pulak.tu belum curtains lagi tu.adoiiii,mana nak cekau duit ni.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home