Wednesday, May 10, 2006

Update seminggu dua

dah lama rupanya aku tak menulis di blog ni ye. itula aku dah cakap dulu. aku cuba nak jadi penulis yg rajin tapi tak berjaya jugak. sebab aku banyak komitmen. susah la beb nak constant menulis.
ok, since dah lama sangat aku tak menulis. ni ada beberapa event menarik sepanjang 2 minggu lepas. minggu terakhir bulan april hari tu kami sekeluarga pegi ziarah saudara sebelah abah aku kat ipoh. ada kenduri kawin. selain ke kenduri kawin kami dah plan dari awal lagi nak terus ke lost world kat bukit tambun. waawiii junior juice! yg ni la aktiviti utama, makan kenduri tu sampingan je,hehehe. wah, seronoknya danial haziq. mama dgn abah dia apatah lagi. girang gumbira nya,hahaha.
seperti diceritakan dlm entri sebelum ini, sebahagian duit bonus ku dah dibelanjakan untuk tujuan itu. ya, mmg berbaloi. semua org happy. danial haziq dpt baby float satu. ala pelampung baby tu. kiut je. pelampung tu ada sling utk baby duduk. so,bila baby duduk dia tak kan terjerlus masuk ke dalam. nanti la letak gambar satu kat sini.
kami bersuka ria sampai ke petang. on the way back home, singgah makan di Juru. balik rumah malam tu semua terbongkang keletihan. esoknya tu hari ahad kami bertiga balik ke kampung hubby dike*ah pulak. penat tapi balik jugak sebab sehari sebelum tu adik ipar aku kemalangan. ni balik ziarah org sakit la ni. sebelum balik tu aku makan nasi lemak yg dibeli utk breakfast pagi tu. masa makan tu aku dah rasa semacam,rasa macam basi gitu. tak habis pun aku makan. lepas 2 jam, elok je sampai dikampung.tekak dah rasa semacam. apa lagi, habis la keluar balik makanan yg aku makan. start muntah waktu asar sampai maghrib. 2 jam aku muntah tanpa henti. every 5 to 10 minutes aku ke toilet. sampai dah lembik lutut rasanya. muntah sampai dah takde benda nak keluar. sampai keluar air hijau yg pahit. adoi, rasa macam nak mati dah malam tu. dah puas muntah, cirit pulak. mmg teruk rupanya kalau termakan makanan basi ni ye. ni macam food poisoning la kot ye. aku tak pernah rasa seteruk itu. terbalik la pulak. asalnya nak balik tgk org sakit,lain pulak jadinya. aku pulak yang jatuh sakit.insaf. allah kalau dia nak uji kita dlm sekelip mata je. hari ni kita gelak ketawa,ntah esok kita berduka.
macam mana pun alhamdulillah tak de yg berlarutan. mak mertua aku bagi makan pil,lepas rehat 2 jam.i'm feeling better. by isyak gitu, aku dah boleh bangun. syukur.
weekend yg baru ni aku kena pergi kursus. kursus utk bina pasukan. team building la,hehehe. orait jugak. 2 hari 1 malam je. mmg le orait pun. bukannya lama pun. sian anak mama kena tinggal. nasib baik hero kecik tu tak kisah. since aktiviti pun pack,aku pun ok je. hari kedua kursus,sebelum aku balik rumah. aku dapat khabar gembira. adik ipar aku dah bersalin. alhamdulillah, mak dgn baby selamat. wah,bertambah sorang lagi keluarga kami. adik aku punya la happy sampai tak leh nak makan. maklumla dah jadi bapak orang,hehehe.
welcome noor hakimah diyanah. tu nama anak sedara aku. nama yg membawa maksud, cahaya kepandaian agama. amiin.
balik je dari kursus kami pegi visit new born dgn mama dia dekat spital. best je tengok muka semua org,happy je. hilang rasa penat dpt tgk baby. asyik tido je. hehehe. anak aku pulak muka konpius,apasal la ramai sgt. kat mana la mama bawak aku ni. apesal ada budak lagi kecik dari aku ni? hehe.
ops,before cerita kursus dan new born. last week aku dgn hubby amik annual leave tengah2 minggu sebab nak settlekan something. what something? heheh,jalan2 cari sofa. since kami nak beli sofa, nak le survey sofa yg paling best dgn harga yg berpatutan. so,we had our jalan2 cari sofa one whole day.phew, penatnya. tapi worth sebab kami rasa kami dah jumpa apa yg kami cari. konsep sofa kontemporari. kaler yg boleh match dgn curtains, lantai, sliding door dan dinding. cuma yg tak best nya, sofa tu ambil masa one and half month to be delivered. adoi, apesal la lama sangat. rupanya, sofa tu exclusive. bila ada org order baru diaorg buat. customize ikut citarasa customer. alang2 dah beli sofa, we ordered tv cabinet also. same delivery date as sofa. all in all habis rabak poket kami,hahaha. sofa dgn cabinet tv punya pasal.
thats about it. antara cerita menarik sepanjang 2 minggu lepas. mungkin ada lagi tapi yg ni antara yg aku ingat. ok beb, nanti cerita lagi.adios, amigos.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home