Thursday, September 14, 2006

Dah 13 minggu

alhamdulillah, minggu ni dah 13 minggu baby dlm perut ni. macam tak percaya je,hehe. danial haziq dah nak dapat adik rupanya.

dah nak jadi abg rupanya anak mama. tapi tiap2 kali tanya, 'danial haziq nak adik tak?' dia dgn selambanya menjawap,'takmau'heheh. mmg jenis manja pun. dah tu mmg kuat jeles, kalau mama pegang anak pak ngah dia, sorry la dia bagi pegang lama2. mesti dia nak enter frame punye. punya la jeles,hehehe. camne nak ada adik ni sayang?

mama pulak berdoa semuanya ok. harap2 semua berjalan lancar sampailah hari kelahiran nanti. sekarang ni dah nak masuk trimester kedua. harap2 muntah2, pening2 dan loya2 ni pun berhenti secepat mungkin. adui, ni yg tak tahan bila mengandung ni. rasa lamanya la trimester pertama ni. dulu masa first pregnancy, masa 4 bln setgh tu dah ok, harapnya kali ni pun macam tu tak pun lebih cepat lagi, :)

simpton kali ni pun berbeza. dulu masa danial haziq, tak de pulak masalah air liur yg banyak tapi kali ni byknya la. asyik berludah je kerjanya. amount dia mmg byk.

baby girl kot kali ni? hehehe. abg mmg hope for a girl. me too actually. tapi tak kisah la boy ke girl ke, asalkan selamat semuanya dan dpt bersalin normal,insyaAllah.

cerita pasal bersalin normal, antara usaha awal kami ialah check-up dgn O&G dimana aku dijangka bersalin with. harap2 bila dari awal dia monitor progress, she should be able to assist aku utk bersalin normal,insyaAllah. harap2 dr.F boleh tolong dgn izin Allah,amiin. dia pun nampaknya ok so far selepas 2 kali aku check up dgn dia. dulu masa danial haziq, ceaser sebab big baby, so kali ni dia tak bagi any additional vitamin utk aku. just folic acid for baby's brain. aku pun tak ambil apa2 supplement,punya la takut baby besar. even susu anmum pun tak minum. dulu, bertin2 aku habiskan,hehe. kebetulan ada sekali tu sembang dgn neighbour kat rumah tu, dia doc. mmg dia pun advise tak yah minum anmum sebab nanti baby besar. so dia suggest ganti dgn susu soya. tu pun yg fresh nye la, kalau yg kotak tu byk preservatives,tak bagus jugak tu, bleh diabetic pulak kang.

mencabar rasanya pregnancy kali kedua ni walaupun aku tak muntah hari2. rasa tak bermaya tu lain macam sgt.

minggu depan dah ramadhan. aku harap ramadhan kali ni aku dpt manfaatkan sebaiknya. aku harap sgt aku boleh berpuasa penuh. aku harap semua alahan ni berhenti sebaik ramadhan muncul,amiin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home