Entry terlewat: Happy 3rd Anniversary
6 September 2003 - 6 September 2006
3 tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri. A great 3 years together. Alhamdulillah, setakat ini kami berjaya dan kami akan terus kekalkan hubungan ini hingga ke akhir hayat.
Ok, apa yg special utk anniversary kali ni? Kami tak ada sambutan besar-besaran sementalah aku masih dlm first trimester yg masih ding dong ding dong ni. Rasa loya, muntah, mood swing yg gila-gila sedikit sebyk membantutkan hasrat nak celebrate. Anyway, celebration tak penting, yang penting sejauh mana kita ingat tarikh bersejarah tu. Lagipun kami dah biasa dgn cara begini, tak pernah tetapkan utk buat apa-apa sambutan. Kalau dah jadi rutin, susah pulak. Budget pun tgh kempis nih,hehehe.
Pencapaian setakat ni?
Alhamdulillah, kami dikurniakan seorg putera yg sungguh la bijak,curious, keletah, caring, protective,etc.... Danial Haziq kami yg dah berusia 2 tahun 1 bulan 1 hari pada ulangtahun perkahwinan kami yg ke 3 ini. Dan Insyallah bakal menyambut cahayamata ke 2 mac depan.
Anak yg sihat satu kurniaan tak ternilai dari Allah. Sudahlah diberi anak, anak tu sihat tubuh badan, sempurna akal fikiran. Apa lagi yg pasangan berkahwin nak? Alhamdulillah, cukup ya Allah. Anak kami jarang sakit. Demam pertama hero kami yg seorg tu masa usia dia 5 bln setgh. Pencapaian yg baik sayang mama. Masa baru lahir dia tak kena demam kuning. Setiap kali gi cucuk kat paed dia, dia ok, selamba je dan tak demam lepas tu. Alhamdulillah sekali lagi,:)
Harapnya adik yg bakal lahir juga seperti si abang, mudah dibesarkan. Aku selalu doa minta Allah permudahkan urusan kami. Sebab aku tahu aku ni tak berapa kuat kalau diuji. Anak muntah sikit je, mama dia yg nangis lebih-lebih. Nak buek camno, dah jenis gitu,hehehe.
Yg lainnya?
Byk yg Allah bagi, tak terkira rasanya. Kami dah selamat duduk dirumah yg kami beli pertengahan februari baru-baru ni. Dah tak duduk menyewa lagi.Sebelum ada rumah sewa, kami sempat menyewa dari 2 tuan rumah. Berpindah dari rumah sewa pertama utk lebih dekat dgn tempat kerja. Rumah kami sekarang sgt convenient, especially utk cik abg yg hanya berjarak 8 km dari pejabat.
Selain tu, alhamdulillah rumah lengkap dgn segala kemudahan. Cukuplah utk kami sekeluarga dan kalau ada keluarga sebelah aku atau suami dtg pun masih boleh cater. Adala perancangan nak upgrade bilik, upgrade mana yg patut tapi bajet nya enggak ada lagi,heheh. Mungkin lewat skitlah.
So, aku dah dedicate lagu dealova utk suami tercinta on our anniversary day. Pagi 6 Sept hari tu, selepas wish each other dan ehem ehem sikit (censored! heheh) aku nyanyi lagu dealova walaupun masa tu aku bukan hafal pun liriknya. Aku nyanyi je mana yg ingat dan promise abg utk nyanyi sepenuhnya petang nya,heheh.
Utk abang tersayang, hayati lirik lagu ni,muahs!
Dealova:
Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh... Karena hati tlah letih
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh... Bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Oh...Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang... dan sepi
Dan sepi...
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Selalu ada...Kau selalu ada...
Selalu ada...Kau selalu ada...
--------------------------------------------------------
Utk Abang,
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yg Ke 3.
Maaf kalau ada yg tersalah,tersilap atau terkasar bahasa.
Semoga ikatan Berkekalan Ke Akhir Hayat.
I Love You!
Love,
Ayang.




0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home