Wednesday, October 18, 2006

Selamat Hari Raya

Dah tak lama lagi kita nak raya kan? wah, best nye nak raya. tak bestnya ramadhan dah nak habis. Akunye ramadhan so-so je thn ni, :(
First 2 weeks of ramadhan sgtlah mencabar since aku masih dlm tempoh mabuk2, kepala asyik weng je. Tapi alhamdulillah,belum tinggal puasa lagi,heheh. First day puasa, sangatlah lembik sampai nak berjalan pun tak larat, bila sampai waktu berbuka je, minuman yg masuk dlm mulut terus ditolak keluar,muntah dgn byknya.
Sekarang ni dah ok, alhamdulillah. Dah tak pening2 lagi, dah tak rasa nak muntah. Perut pun dah semakin kelihatan, :) Nampaknya lepas raya ni kena start pakai uniform lah,heheh. Baju raya thn ni pun ala-ala ibu mengandung gitu.Oh ya, tahun ni theme color soft orange.
Persiapan raya semua dah hampir siap. Cuma menunggu baju melayu Danial Haziq dan baju mama je lagi. Abahnya dah siap awal-awal lagi. Maklumlah, abah recycle baju sambutan maulidur rasul baru2 ni. Save satu budget. That's why kami kena follow color baju abah. Tak boleh nak pilih2 theme lain dah, kena ikut je. Kalau nak buat theme lain, incur extra cost pulak. Baju melayu org lelaki mahal oiii.Mau dekat 200 sepasang.
Kemeja utk abah dan Danial Haziq pun dah ready. Dua beranak pakai color yg hampir sama. Amboi raya sakan ye. Mama ada la additional blouse ibu mengandung. Okla tu, bleh pakai jalan2 nanti. Danial Haziq mmg sakan thn ni, tok dgn wan je bagi 3 pasang, pak lang bagi t-shirt. Campur sana sini adala dekat 10 pasang kot si kecik tu. Tak pelah, mmg raya ni budak2 la yg seronok pun. Mak budak dgn bapak budak tumpang seronok je. Mama rasa happy sgt dpt prepare semua utk Danial Haziq.
Bab kasut raya, thn ni nampaknya mama dgn abah tak nak ketinggalan,heheh. Mama dgn abah pun ada kasut raya macam Danial Haziq jugak. Minggu ke dua puasa kami dah settlekan kasut Danial Haziq. Nampaknya anak mama mmg suka kasut tu, selalu tanya "kasut aya ajik mana?" alahai kiutnya. Mula la nak menerai kasut raya hari2,hehehe. Tak rugi ekkk mama dgn abah beli. Yg lagi bestnya, mama dgn abah lagi awal beli kasut raya, first weekend puasa dah settle dah,hahaha. Bukan main lagi ye. Sethn sekali ye.Abah mmg dah lama nak beli kasut baru, cuma mama yg tak berapa agree sebab bukannya nak pakai sangat. Kalau gi mana2 pun selalunya pakai sandal je. So bila nak raya ni reason nak beli kasut baru tu kukuh la skit ekk,heheh. Mama pulak memula tu tak plan pun nak beli kasut raya, tapi so happen teringin la pulak. After all, kali ni raya as mak buyungkan, mana boleh pakai high heels, jadinya dptla sepasang,heheh.
Songkok utk dua beranak tu rasanya no problem. Last year punya masih elok. Boleh pakai lagi. Lagipun nak pakai hari raya pertama tu je.
Bab duit raya pun dah settle. Budget dah disiapkan mid of ramadhan, so bila dpt gaji je terus ambil dan tukar mengikut tukaran sepatutnya. Before ambil utk tujuan hari raya, yg wajib2 dah settle. Babysitter, bils, installment,etc.Pampers dan susu pun dah stok awal2 lagi, InsyaAllah sampai disember ada stok.
Bab kuih raya, last week dah buat 3 adunan tat. Yg ni biskut wajib yg mesti dibuat sendiri. Kalau nak beli mmg tak larat sebab feveret semua org. Mak dah buat 2 adunan samperit dan aku plan nak buat biskut cornflakes hari jumaat ni. Aha, aku dah start cuti jumaat ni. Nak raya beb! hehe. Since semua biskut yg dibuat berwarna kekuningan, aku dah beli 2-3 jenis yg berasaskan coklat. Colourful la bila hidang kan. Nak buat yg coklat2 tak sempat beb, mak buyung tak larat nak double boil la apekebenda la. Buat yg sgt disukai sahaja la ye. Kasi priority.
Bab nak balik beraya dimana pun dah settle. Aku dah set plan dan propose kat abang dan dia setuju. Since kampung kami berdekatan, jadinya beraya di dua2 kampung la. Sekejap sana sekejap sini. Nak kena ready duit minyak byk2 la ye. Ha, kad touch 'n' go pun nak kena reload ni. Weekend ni bleh la reload.
Apa lagi ye? Rasanya dah ok kot ye. Mintak2 semuanya berjalan lancar. Aha, bab zakat fitrah, yg ni abahnya punya port folio.Last week tanya dia cakap blom settle lagi, awal lagi katanya. Balik nanti nak remind lagi.
Ok semua, jumpa lagi nanti. Take Care. Selamat Hari Raya!Maaf Zahir & Batin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home